Saturday, 8 September 2012

Raya datang lagiiii.... !!!

Selamat ari raya semuaaaa... tepaksa jugak aku wish kan selamat ari raya nie walopun aku tak dapat beraya.. tapi kira OK la beraya dekat tempat keja kat... TG BIN.. huhu.. dapat jugak merasa suasana ari raya tu.. biasa la.. tanggungjawap kepada negara.. hehe..


Logi Janakuasa Tg. Bin di pagi raya..

Tanggal 19 Augustus.. Besamaan ari Ahad (1 Syawal).. Memang menyedihkan la.. Paling aku terasa pada malam raya tue.. bukak ja TV.. suma rancangan raya.. budak2 main mercun dpn umah aku.. BETOI2 DEPAN UMAH AKU WOIII...!!!! Macam nak tengking ja budak2 ni.. Dah la aku tak balik raya.. ni dok buat bising plak.. nak tengok TV pon tak buleh.. hish.. alang2 nak main, baik main bom trus..

Dan antara perkara paling menyedihkan.. kawan-kawan wish raya dekat aku.. huhu.. apa la dosa aku diorang msg aku wish raya.. adoi.. Sedey tau dak..!!! Lenkali, kalau aku tak balik raya, tolong JANGAN WISH DEKAT AKU.. Huhu

Bila tiba hariii rayaaa... Semua insan Bergembiraaaaaa... Tetapi bagiku... Hanya kesedihan.. Yang menyelubungi hidup.... hahaha.. Lagu Black dog bone nie mmg sesuai untuk aku.. tapi awal2 ja la.. lepas tu, lirik dia dh tak sesuai untuk aku.. hehe.. 1 Syawal.. Bekerja.. bangun 6 pagi.. siap2 semua, betolak 6.30 pagi.. tapi yang bestnya time pagi tu.. jalan memang selengang-lengangnya... hahaha.. Aku siap berenti keta tengah jalan tangkap gambaq.. hehe.. Dan.. paling penting.. KETA BIRU TAK DAK... hahaha..



Pagi Raya - Takbir raya bergema di Central Control Room (CCR)... Time tu abang aku telepon.. Adeh.. Lagi sedeh.. Bila cakap ngan mak aku ucapkan selamat ari raya.. Mintak maaf dulu.. hehe.. Banyak dosa ceq buat dekat mak.. Maafkan ceq ye.. hehe.. Apa lagi.. pagi raya tu.. dah start makan la.. hehe.. Menu.. Laksa penang, nasi ambang.. haha.. Dan macam-macam lagi la.. kueh raya.. ketupat.. rendang.. Jom... Kita beraya di TG Bin.. hehe
EC&i Shif malam : Sepul ngan Ikhwan

 
Adei.. Ni antara peristiwa-peristiwa yang berlaku masa hari raya tu.. hehe..
 
Takbir raya di CCR

 
Haha.. ni antara peristiwa yang berlaku.. Jangan terkejut kalau masa takbir bilal dok mengadap jemaah.. Dekat Tg. Bin saja buleh buat camni.. hehe.. Masa takbir ni la micropon tetiba buat hal pulak.. Cable macam longgar la pulak.. huhu.. Puas kami selit-selit, lipat-lipat bagi buleh guna.. hehe.. Akhirnya, cable dah jadi pendek.. Jadi, mau atau tidak.. tepaksa la bilal dok dekat ckit.. Dan menghadap jemaah.. hehe.. terpaksa..
 
P/S : Bos.. buleh dah kot tukar mic baru.. buat sound sistem ckit.. hehe
 


Tok Bilal Kita : Mr Omar

Haha.. ni time abis solat aidilfitri.. Our tok bilal tengah baca khutbah..

"Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar"

Tu adalah permulaan Ustat Omar kita bila nak baca khutbah.. Time tu, suma jemaah dok khusyuk la kan nak dengar khutbah tu.. termasuk la aku.. tapi, tetiba ja.. tok bilal lupa plak nak baca apa.. tanya kat tok imam kita (Ustat Yusuf Husin)..  "Usop, ni nak baca dak?"... hahahaaha.. gelak kami satu surau.. adei.. Nak kata lawak pon tak buleh.. hehe.. tapi, dengan riak muka selambe ja dia tanya imam kita.. apa lagi.. tak tahan la aku nak gelak.. hehe..
 
Makaaaaa... sambung la bilal kita baca khutbah.. lamaaaaa betoi... huhu.. Sampaikan ada orang dok menyembang, dok posing tangkap gambar (temasuk la aku.. hehe)..naseb tak baling kapal terbang kertas dek kerana terlalu panjang khutbah.. hehe
 
Dannn.. akhirnya.. ketika bilal kita dok baca (tak abis-abis lagi), tetiba imam kita kata.. "Weh.. dah la tu.. dah lama ni".. hehe.. Ini la kenangan solat raya yang aku tak buleh lupa.. Macam-macam ragam ada.. lawak ada.. serius ada.. hehe.. Sah ka solat aku tu weh..? hehe

Beposing time Khutbah.. haha

Imam kita : Dato Dr Ustat Haji Md Yusuf Husin

 
Posing lagi.. hehe.. Dek kerna khutbah yang panjang.. hehe

Okes.. Khutbah dah abis.. apa lagi.. Sambung makan la kami semua.. hehe.. dah abis makan baru suma mulakan tugas macam biasa.. hehe.. amik reading.. check condition.. isolation.. normalization... blaa blaa blaaa....
 


Menu Pagi : Laksa Penang


En Rosdi : Org penting hari ni.. haha

Juadah pagi raya
 
Untuk pengetahun : Hari raya kali ni, tender dimenangi oleh encik GM (Ghazali Muda) kita.. hehe.. Jadi kebanyakan makanan raya kali nie, dia dengan his wife yang sediakan.. Tapi pagi raya ni, Encik Amri jugak ada wat nasi dagang. Cam dok pantai timur la plak makan pagi kena makan nasi dagang.. hehe.. tapi apapon.. memang sedap.. Kalau nak merasa masakan Encik Amri kita, buleh la pergi makan kat kedainyaaa.. hehe.. kedai KEMBANGI di pontian..
 
P/S : GM.. masakan ang buat memang sedap.. Makan melahap kami.. Meleleh air liur kami sampai ke lantai nak tunggu masakan ang.. terutama sekali pada hari ketiga kerna makanan lambat sampai.. hehe.. Lenkali kalau nak order, kami order kat ang lagi buleh..? haha (Bagi kat aku sama syer sebab aku tolong promote.. hehe)

My beloved frend yang bertungkus-lumus (Ya ka?) bekerja di hari raya.. hehe

En Azmi (Shif Charge) bukan Che Azmi (tu pak aku).. Khusyuk amik makanan walaupon orang panggil nak amik gambar

SUS (Senior Unit Supervisor) Wan Akramin

Selera Dzar makan.. Walopon hatinya sedey tinggalkan istari kerna tanggungjwp (Walopon baru kawen.. hehe)


Sedap arr demo make nasi dage boh..

My partner (EC&I) shif siang : Mr Farook Gagak Hitam Mr Fariq

Ibrahim, me, Wan Akramin, Apek (ala.. goolkeeper kelantan tu.. hehe)

OT Ash.. Orang kampung gua.. Man Pendang.. hehe
 
 
SUS ngan US Unit 30 : Wan Akramin ngan Fendi

 Time sebelum Khutbah.. Dekat surau CCR
 


Okes.. that's all.. hehe.. Igt.. tahun depan aku buleh balik rayaaaa... yeeeaaahhh.. Kawan-kawan semua boleh lah wish Selamat ari raya kat aku ye.. hehe.. Dan, kawan-kawan yang kena kerja.. rajin-rajin la noh.. Jangan mengulat plak.. hahaa..
 
 
Akhir sekali.. SELAMAT HARI RAYA SEMUA... I mintak maaf ye kalau ada salah dan silap i buat.. zahir dan.... BATIINNNN.. hehehe..
 


Thursday, 30 August 2012

Kereta Powerr..? (Part II)

Okesss derr.. kita besambung lagi untuk part II dalam kita mengenali the special jentera penggempur ini.. Mitsubishi Evolution ini.

  • EVOLUTION VII
Generasi evolution ke 7 ini dihasilkan pada tahun 2001 dan mula berbeze dari segi rupa parasnya.. hehe.. Generasi kali ni nampak lebey cantik, tapi evo ini mempunyai body yang sedikit berat kalau nak dibandingkan dari Evo VI sebelum ini.. Tu la kan, bila dah cantik, body la pulak berat... Ketika ini la aku ingat, masa tengok 2 Fast 2 furios, kereta Evo 7 ini digunakan oleh Paul Walker (Brian O'Conner). Perghh.. sejak tue aku mula jatuh ati pada Evo.. haha..

Pada generasi ini jugalah, sebuah model yang menggunakan sistem auto GT-A dikeluarkan pada tahun 2002. Kalau nak beza, dia gunakan chromed door handles kalau tak silap aku and a different instrument panel (untuk tunjukkan gear selection).. Lagi, chrome edged bezels around dekat speedo and tach.. Dari segi sistem sound pulak, Evo ini dikatakan lebey senyap dari yang sebelumnya setelah engine manifold and downpipe had been engineered dan diubahsuai.




Evo VII 2 fast 2 furios

  • EVOLUTION VIII
Evolution 8 ini merupakan antara Evo yang terlaris yang pernah dikeluarkan mitsubishi melalui rekabentuk yang diubahsuai ckit dari EVO 7 ini. Jentera ini dipasang dengan 17" grey Enkei wheels, Brembo Brakes dan Bilstein shocks to handle traction. Kalau dekat market US, evo ini dikatakan sangat laris dan dijual based on 4 trims, GSR (standart model dari Japang) .. RS (dipasang dengan aluminium roof, 5-speed gearbox, standard rims, dan macam2 interior yang laen contoh map light, power window, radio dan laen2)..  SSL (ada sunroof.. buleh la buka kalu nak isap rokok dan xpayah buka tingkap.. hehe.. trunk mounted subwoofer, dan leather seat).. MR (yang datang with a revised limited-slip front differential, aluminum MR shift knob, handbrake pon pakai carbon fiber handle, 17 inch BBS spot rims, aluminum roof, and a 6-speed manual gearbox..



Kereta Powerr..? (Part I)

Okes.. This time, i nak bercerita ckit.. One of my faveret car.. Ttg dunia perMOTOKARan.. haha.. Aritue ada aku mencuba test drive one of my frends car, Mr Redzuan a.k.a Wan biru.. hehe.. Mitsubishi Evolution. Pergh.. Satue kereta yang menjadi kegilaan remaja-remaja yang menggilai kelajuan. Hehe.. (paham kot ayat tu?). Mmg best. Pada aku, kalau naik keta tue g stesen minyak, sure and comfirm orang akan berenti besembang, anak2 kecil akan berenti menangis melihat dan mendengar deruan kereta tu. haha.. bukan senang nak buat mulut org berenti dari berkata-kata dan mendengar perkataan "Pergh.. evo tu" keluar dari mulut depa semua.. hehe

Jadi, tanpa membuang masa, aku trus mengkaji serba sedikit ttg menda nie.. hehe.. EVOLUTION.. jom kita kita kenali generasi-generasi Evo ini dari zaman permulaannya..... vrommm vroooomm..

Mitsubishi Evolution VII

Mitsubishi Lancer Evolution atau lebey dikenali dengan Lancer Evo adalah high performance car yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motor. Erm.. mengikut apa yang aku tau la kan, kereta nie selalunya menggunakan tulisan roman bagi mengkategerikan setiap keluaran ataupn jenis nya.. (kalau tak betoi, tolong bagitau ceq noh... hehe) Setiap keluaran Evo, ada yang berbeza, tp mengikut pandangan aku, EVO 7,8 dan 9 adalah sebuah kereta yang sama dari segi rupa bentuk. haaa.. jgn salah paham plak, maksud aku, kalau beli EVO7, nak upgrade kepada EVO 9, mmg buleh. Tapi kalau Evo X atau EVO 10, bentuk dia dah lain. Tapi, teknologi setiap EVO dh berbeza.. dari segi engin, gear dan lain2.. hehe..

Evo adalah kereta sedan yang menggunakan kuasa turbocharger dan 4 wheel drive system. Apa plak yang dimaksudkan dengan turbo ni..? huhu.. nnt la aku cita plak ttg turbo. Tu dh kuar dari topik nie.. hehe..

Okes..  Sekarang mai kita kenali serba sedikit ttg salasiah keluarga EVO nie.. hehe..

  • EVOLUTION I

Sebuah Kereta yang asalnya dibuat bertujuan untuk memasuki World Rally Championship. Mula dikeluarkan pada tahun 1992/93.. Aku pn xpasti sangat, sebab ada info yang aku baca mengatakan 1992, ada 1993.. jadi aku tuleh kedua2nya la.. haha. Jd,hampa baca, dan hampa kaji la yang mana yang betoi.. hehe.. Ketika ini, geng mitsubishi dah menggunakan enjin campro 4G63 (campro keta aku.. power tu..) dan kereta ini buleh menghasilkan kuasa yang dijanakan oleh kuda (kuda ku lari gagah berani) sebanyak 224hp (horse power, bukan Hewlett-Packard.. Yg tue buat komputer buleh la.. haha) pada 6000rpm.

  •  EVOLUTION II
Evolution II

Sejak daripada terhasilnya Evo I, mitsubishi kini meningkatkan lagi prestasi jentera penggempur mereka dengan terhasilnya EVO II pada hujung 1993. Pada time ini la, mitsubishi meningkatkan lagi keupayaan handling mereka termasuk wheelbase, swaybars yang lebey besaq dan dari segi body mereka termasuk a huge spoiler. Ketika inilah, kereta ini dikatakan hampir boleh terbang, sbb ada spoiler besaq.. haha..  Kalau tambah sayap, sure terbang menerjah awan.. hehe.. Tp, enjin ttp guna enjin lama.. 4G63.. tapi kuasanya semakin betambah.. 252hp..

P/S : ish2.. Macam keta wira merun no plate AGD ja.. hehe..

  •  EVOLUTION III



Tanggal 1995 menyaksikan kelahiran sebuah lagi keluarga Mitsubishi Evolution dengan terhasilnya Evo III. Dan pada time inilah, mitsubishi sudah mula belajar tentang gaya untuk mencantikkan kereta.. hehe.. Seperti biasa la kan, mesti ada improvement yang depa buat. Jadi untuk Evo III, peningkatan sistem dari segi air supply to radiator, intercooler and brakes diubahsuai manjadikan Evo III lebey selamat dari sblm nie.. hehe.. Jentera ini mampu menghasilkan 270hp (6250rpm) setelah sistem turbo dipasang.. Tapi mengikut pandangan aku, nmpk cantik la ckit kereta ni dari evo sebelum nie.. hehe.. mungkin zaman dh mula berubah.. "Dah lama daaaahhh... ",kata che Det.

  •  EVOLUTION IV


1996, Nama mitsubishi semakin meningkat naik sejak perbagai ubahsuaian dan improvement yang depa dah buat.. Ketika ini, pasukan jepun nie dh makin pintar. Depa mula eliminate one of major problem from others car sebelum ni iaitu masalah torque steer. Senang cita, masalah ketika pemanduan la.. Mitsubishi mengeluarkan dua jenis version Evo, iaitu RS dan GSR.. RS specially design for competition car, juga dipasang GLX seat dan samada 16" or 17" OZ sports rim (OZ..? apa nak bangga,waja pn pakai OZ kan..? haha).. Apa yang menyakitkan hati, lampu sport light dia besaq gila.. I hate naik keta tgk lampu terang2 depan aku.. cisss..

  •  EVOLUTION V


Dalam pelaksanaan keluarga evo ini iaitu EVO V ini, tak banyak sangat telah berubah. Cuma. antaranya dari segi interior dalam iaitu salah satunya.. seat Recaro.. pergh.. seat idaman ni.. Dan kalau tak silap, ketika ini, spoiler belakang mula diubah menggunakan aluminium bagi menggantikan  IV FRP version dan untuk mewujudkan daya bagi menekan kereta tersebut untuk kebawah dan maksudnya,bila bawak laju kereta ni, jadi makin stabil la.. Erm.. apa yang aku tau eh.. Evo V nie mula dipasang satu sistem brake yang terkenal iaitu brembo system. Yang lain aku xdapat la nk huraikan.. haha.. (Beli ja brembo plastik tu boh kat keta.. murah..huhu)

  • EVOLUTION VI
The sixth generation of evo ini dibuat dan mula memfokuskan untuk bahagian cooling dan ketahanan enjin. Mungkin la untuk generasi sebelum nie, Evo ni tak tahan kot untuk digunakan oleh remaja2 racing yang selalu merembas di jalanan.. hehe.. Jadi, tu sebabnya geng japang ni, kali nie fokus nak bagi enjin lebey tahan.. haha.. Untuk generasi ke-6 ini, mitsubishi mula meletakkan satu intercooler yang besar, larger oil cooler, and new pistons yang dipasang bersama titanium-aluminide turbine wheel. Pada bahagian body plak, a thousand of thanks to mitsubishi sbb depa dah membuang fog lamp ataupon lampu skirt yang besaqqqq bapak tu.. Dan diganti ngan fog lamp yang kecil. Skrg nie, dok tunggu BILA LA PULAK PERODUA KENARI NAK BUANG FOG LAMP YANG BESAQ TU? hahaa..
1999, ketika inilah mitsubishi ini mengeluarkan EVO special edition (Kalau xsilap aku, dipanggil EVO 6.5) yang jugak dipanggil Tommi Makinen edition (diambil sempena nama driver rally meraka yang had won four WRC drivers championships). Untuk keluaran Tommi Makinen ini, dikeluarkan hanya special untuk warna merah sahaja.


Tommi Makinen Edition, EVO 6.5

 Okes... Setakat ini sahaja kita kenali generasi- generasi evo ini. Nnt kita akan besambung lagi untuk mengenali generasi jentera penggempur yang digeruni ramai geng-geng turbo (kecuali PREVE) ini.. hehe.. Besambung lagi derrrr...

Tuesday, 24 July 2012

Journey To Remember - Tanjung Jara (Part II)

Waassssup... okes.. besambung dari part yg petma.. hehe.. Kami amik pilihan untuk g snokerling dekat pulau Tenggol.. Dengan harapan untuk jumpa penyu la.. hehe.. Sbb brader2 dekat ctu kata, kalau kena time musim, senang nak jumpa penyu..hehe..

Sebelum nak naik bot g Pulau Tenggol

Hapes dan Family

Me, Wan and Azmi
Pergh.. perjalanan nak naik bot amik masa sejam la jugak.. Lenguh aku dok dalam bot.. hehe.. tp brader tu bawak bot mmg laju gila.. melambong2 bot aku dipukul ombak rindu. Jadi, sampai2 ja kat sana, apa lg... snokerling la kami.. hahaha.. Alhamdulillah.. Kami dapat jumpa penyu.. hehe.. tp penyu tu dok dalam air, tp kami snokerling dekat atas. Xdpt la aku nak pegang dengan penyu tu.. huhu.. Tgk pn jadi la.. Tp sayang, gambaq time berenang ngan penyu tue xdak.. rugi2..

Pulau Tenggol


Aku dok snokerling




Brader tu tunjuk, Gamat laut kot.. xtau aku

Nie aku xtau apa menda
Yerps... stakat itu sahaja.. hehe.. tp sbenarnya.. tujuan kami dak g Ganu ni untuk melawat one of my frend kawwennn.. hehe.. Mohammad Azuri Salehudin .. Tp sayang, gambaq kami tangkap tue xdak plak dlm simpanan aku..  Nnt kalau ada, aku postkn balik.. Tp,disebabkn terlalu lama journey ni, Azuri dh dapat anak pn dan dh tukar keta baru pn.. hehe.. Tahhniaaah broo...