Thursday, 30 August 2012

Kereta Powerr..? (Part II)

Okesss derr.. kita besambung lagi untuk part II dalam kita mengenali the special jentera penggempur ini.. Mitsubishi Evolution ini.

  • EVOLUTION VII
Generasi evolution ke 7 ini dihasilkan pada tahun 2001 dan mula berbeze dari segi rupa parasnya.. hehe.. Generasi kali ni nampak lebey cantik, tapi evo ini mempunyai body yang sedikit berat kalau nak dibandingkan dari Evo VI sebelum ini.. Tu la kan, bila dah cantik, body la pulak berat... Ketika ini la aku ingat, masa tengok 2 Fast 2 furios, kereta Evo 7 ini digunakan oleh Paul Walker (Brian O'Conner). Perghh.. sejak tue aku mula jatuh ati pada Evo.. haha..

Pada generasi ini jugalah, sebuah model yang menggunakan sistem auto GT-A dikeluarkan pada tahun 2002. Kalau nak beza, dia gunakan chromed door handles kalau tak silap aku and a different instrument panel (untuk tunjukkan gear selection).. Lagi, chrome edged bezels around dekat speedo and tach.. Dari segi sistem sound pulak, Evo ini dikatakan lebey senyap dari yang sebelumnya setelah engine manifold and downpipe had been engineered dan diubahsuai.




Evo VII 2 fast 2 furios

  • EVOLUTION VIII
Evolution 8 ini merupakan antara Evo yang terlaris yang pernah dikeluarkan mitsubishi melalui rekabentuk yang diubahsuai ckit dari EVO 7 ini. Jentera ini dipasang dengan 17" grey Enkei wheels, Brembo Brakes dan Bilstein shocks to handle traction. Kalau dekat market US, evo ini dikatakan sangat laris dan dijual based on 4 trims, GSR (standart model dari Japang) .. RS (dipasang dengan aluminium roof, 5-speed gearbox, standard rims, dan macam2 interior yang laen contoh map light, power window, radio dan laen2)..  SSL (ada sunroof.. buleh la buka kalu nak isap rokok dan xpayah buka tingkap.. hehe.. trunk mounted subwoofer, dan leather seat).. MR (yang datang with a revised limited-slip front differential, aluminum MR shift knob, handbrake pon pakai carbon fiber handle, 17 inch BBS spot rims, aluminum roof, and a 6-speed manual gearbox..



Kereta Powerr..? (Part I)

Okes.. This time, i nak bercerita ckit.. One of my faveret car.. Ttg dunia perMOTOKARan.. haha.. Aritue ada aku mencuba test drive one of my frends car, Mr Redzuan a.k.a Wan biru.. hehe.. Mitsubishi Evolution. Pergh.. Satue kereta yang menjadi kegilaan remaja-remaja yang menggilai kelajuan. Hehe.. (paham kot ayat tu?). Mmg best. Pada aku, kalau naik keta tue g stesen minyak, sure and comfirm orang akan berenti besembang, anak2 kecil akan berenti menangis melihat dan mendengar deruan kereta tu. haha.. bukan senang nak buat mulut org berenti dari berkata-kata dan mendengar perkataan "Pergh.. evo tu" keluar dari mulut depa semua.. hehe

Jadi, tanpa membuang masa, aku trus mengkaji serba sedikit ttg menda nie.. hehe.. EVOLUTION.. jom kita kita kenali generasi-generasi Evo ini dari zaman permulaannya..... vrommm vroooomm..

Mitsubishi Evolution VII

Mitsubishi Lancer Evolution atau lebey dikenali dengan Lancer Evo adalah high performance car yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motor. Erm.. mengikut apa yang aku tau la kan, kereta nie selalunya menggunakan tulisan roman bagi mengkategerikan setiap keluaran ataupn jenis nya.. (kalau tak betoi, tolong bagitau ceq noh... hehe) Setiap keluaran Evo, ada yang berbeza, tp mengikut pandangan aku, EVO 7,8 dan 9 adalah sebuah kereta yang sama dari segi rupa bentuk. haaa.. jgn salah paham plak, maksud aku, kalau beli EVO7, nak upgrade kepada EVO 9, mmg buleh. Tapi kalau Evo X atau EVO 10, bentuk dia dah lain. Tapi, teknologi setiap EVO dh berbeza.. dari segi engin, gear dan lain2.. hehe..

Evo adalah kereta sedan yang menggunakan kuasa turbocharger dan 4 wheel drive system. Apa plak yang dimaksudkan dengan turbo ni..? huhu.. nnt la aku cita plak ttg turbo. Tu dh kuar dari topik nie.. hehe..

Okes..  Sekarang mai kita kenali serba sedikit ttg salasiah keluarga EVO nie.. hehe..

  • EVOLUTION I

Sebuah Kereta yang asalnya dibuat bertujuan untuk memasuki World Rally Championship. Mula dikeluarkan pada tahun 1992/93.. Aku pn xpasti sangat, sebab ada info yang aku baca mengatakan 1992, ada 1993.. jadi aku tuleh kedua2nya la.. haha. Jd,hampa baca, dan hampa kaji la yang mana yang betoi.. hehe.. Ketika ini, geng mitsubishi dah menggunakan enjin campro 4G63 (campro keta aku.. power tu..) dan kereta ini buleh menghasilkan kuasa yang dijanakan oleh kuda (kuda ku lari gagah berani) sebanyak 224hp (horse power, bukan Hewlett-Packard.. Yg tue buat komputer buleh la.. haha) pada 6000rpm.

  •  EVOLUTION II
Evolution II

Sejak daripada terhasilnya Evo I, mitsubishi kini meningkatkan lagi prestasi jentera penggempur mereka dengan terhasilnya EVO II pada hujung 1993. Pada time ini la, mitsubishi meningkatkan lagi keupayaan handling mereka termasuk wheelbase, swaybars yang lebey besaq dan dari segi body mereka termasuk a huge spoiler. Ketika inilah, kereta ini dikatakan hampir boleh terbang, sbb ada spoiler besaq.. haha..  Kalau tambah sayap, sure terbang menerjah awan.. hehe.. Tp, enjin ttp guna enjin lama.. 4G63.. tapi kuasanya semakin betambah.. 252hp..

P/S : ish2.. Macam keta wira merun no plate AGD ja.. hehe..

  •  EVOLUTION III



Tanggal 1995 menyaksikan kelahiran sebuah lagi keluarga Mitsubishi Evolution dengan terhasilnya Evo III. Dan pada time inilah, mitsubishi sudah mula belajar tentang gaya untuk mencantikkan kereta.. hehe.. Seperti biasa la kan, mesti ada improvement yang depa buat. Jadi untuk Evo III, peningkatan sistem dari segi air supply to radiator, intercooler and brakes diubahsuai manjadikan Evo III lebey selamat dari sblm nie.. hehe.. Jentera ini mampu menghasilkan 270hp (6250rpm) setelah sistem turbo dipasang.. Tapi mengikut pandangan aku, nmpk cantik la ckit kereta ni dari evo sebelum nie.. hehe.. mungkin zaman dh mula berubah.. "Dah lama daaaahhh... ",kata che Det.

  •  EVOLUTION IV


1996, Nama mitsubishi semakin meningkat naik sejak perbagai ubahsuaian dan improvement yang depa dah buat.. Ketika ini, pasukan jepun nie dh makin pintar. Depa mula eliminate one of major problem from others car sebelum ni iaitu masalah torque steer. Senang cita, masalah ketika pemanduan la.. Mitsubishi mengeluarkan dua jenis version Evo, iaitu RS dan GSR.. RS specially design for competition car, juga dipasang GLX seat dan samada 16" or 17" OZ sports rim (OZ..? apa nak bangga,waja pn pakai OZ kan..? haha).. Apa yang menyakitkan hati, lampu sport light dia besaq gila.. I hate naik keta tgk lampu terang2 depan aku.. cisss..

  •  EVOLUTION V


Dalam pelaksanaan keluarga evo ini iaitu EVO V ini, tak banyak sangat telah berubah. Cuma. antaranya dari segi interior dalam iaitu salah satunya.. seat Recaro.. pergh.. seat idaman ni.. Dan kalau tak silap, ketika ini, spoiler belakang mula diubah menggunakan aluminium bagi menggantikan  IV FRP version dan untuk mewujudkan daya bagi menekan kereta tersebut untuk kebawah dan maksudnya,bila bawak laju kereta ni, jadi makin stabil la.. Erm.. apa yang aku tau eh.. Evo V nie mula dipasang satu sistem brake yang terkenal iaitu brembo system. Yang lain aku xdapat la nk huraikan.. haha.. (Beli ja brembo plastik tu boh kat keta.. murah..huhu)

  • EVOLUTION VI
The sixth generation of evo ini dibuat dan mula memfokuskan untuk bahagian cooling dan ketahanan enjin. Mungkin la untuk generasi sebelum nie, Evo ni tak tahan kot untuk digunakan oleh remaja2 racing yang selalu merembas di jalanan.. hehe.. Jadi, tu sebabnya geng japang ni, kali nie fokus nak bagi enjin lebey tahan.. haha.. Untuk generasi ke-6 ini, mitsubishi mula meletakkan satu intercooler yang besar, larger oil cooler, and new pistons yang dipasang bersama titanium-aluminide turbine wheel. Pada bahagian body plak, a thousand of thanks to mitsubishi sbb depa dah membuang fog lamp ataupon lampu skirt yang besaqqqq bapak tu.. Dan diganti ngan fog lamp yang kecil. Skrg nie, dok tunggu BILA LA PULAK PERODUA KENARI NAK BUANG FOG LAMP YANG BESAQ TU? hahaa..
1999, ketika inilah mitsubishi ini mengeluarkan EVO special edition (Kalau xsilap aku, dipanggil EVO 6.5) yang jugak dipanggil Tommi Makinen edition (diambil sempena nama driver rally meraka yang had won four WRC drivers championships). Untuk keluaran Tommi Makinen ini, dikeluarkan hanya special untuk warna merah sahaja.


Tommi Makinen Edition, EVO 6.5

 Okes... Setakat ini sahaja kita kenali generasi- generasi evo ini. Nnt kita akan besambung lagi untuk mengenali generasi jentera penggempur yang digeruni ramai geng-geng turbo (kecuali PREVE) ini.. hehe.. Besambung lagi derrrr...